Skip to main content

So Sweet...Bacalah Kalau Ada Masa Free..:)

Aisyah benar-benar keliru dengan sikap kekasihnya. Siang, malam, mesejnya satu pun tidak berbalas. E-mailnya terus lengang seiring dengan waktu yg terus berlalu. Dia sangat tertekan waktu itu. Aisyah memerlukan seseorang untuk menjadi tempat luahan bicaranya, tempat mengadu segala keperitan, tempat berkongsi suka dan duka.


Masih segar lagi diingatannya sewaktu dia dan Tariq bersama,kemana sahaja tentu mereka akan berdua. Setiap kali hujung minggu, sudah tentu panggung wayang akan menjadi destinasi utama mereka. Duduk berdua-duaan menjadi perkara yg amat dinantikan olehnya. Namun kini, semua itu hanya tinggal kenangan. Tariq bukan kekasih yg dikenalinya dulu, dia kini tidak lagi bersamanya untuk berkongsi suka dan duka. Janji-janji manis Tariq untuk bersama-sama membina istana berlandaskan syariat seakan-akan terkubur kini. “Kau jantan penipu! Kau pendusta! Aku benci kau!” hari demi hari, hati Aisyah makin kuat menjerit melepaskan kebencian, namun yg berkunjung hanyalah kerinduan terhadap seorang mahluk yg bernama lelaki itu. 


Sehinggalah pada suatu hari, Aisyah bertemu dengan seorang gadis di sebuah program motivasi. Pertemuan didalam sebuah majlis yg singkat itu tidak diduganya membuahkan sebuah persahabatan yg berkekalan. Gadis itu amat lembut pekertinya. Auratnya dijaga rapi dan tutur katanya diatur sempurna. Danisya, itulah nama yg diungkapkan gadis itu sewaktu Aisyah menghulur tangan tanda perkenalan. Mulanya Aisyah tidak tertarik untuk mendekati gadis itu, namun kepetahan dan kebijaksanaannya berbicara, akhirnya hati Aisyah tertarik untuk mengenalinya dengan lebih rapat. 


Sejak mengenali Danisya, Aisyah mula mendekati Islam sebenar-benarnya. Itu tidaklah bermakna Aisyah yg dahulu jauh daripada agama, namun kini dirasakannya perjalanan kehidupannya lebih terpelihara. Jika dahulu dia memakai tudung gaya moden yg menonjolkan dadanya, kini tudung itu menjadi bertambah labuh. Jika dahulu, T-shirt dan jeans menjadi pilihan pemakaian hariannya, kini jubahlah pula yg menjadi pembalut tubuh agar tidak menjadi bahan tatapan lelaki-lelaki berhidung belang. Hari demi hari, Aisyah seakan-akan mampu melupakan Tariq. Kini Danisyalah dunianya, segala masalah dikongsikan bersama. Kehadiran Danisya mampu menggantikan tempat Tariq. Yang anehnya, Danisya seolah-olah seperti Tariq versi wanita baginya.


Saban hari, semakin ramai yg gemar untuk berdampingan dengan Aisyah. Dia amat bahagia kini kerana dikurniakan ramai sahabat yg ada untuknya meluahkan rasa suka dan duka. Ramai pemuda  cuba untuk mendekatinya, namun Aisyah segera menolaknya kerana dia sedar, cinta kepada seorang lelaki mampu membunuhnya. Apa yg dinantikannya kini hanyalah CINTA kepada ilahi dan bukannya cinta sementara rekaan syaitan bertunjangkan hawa nafsu. Cinta selepas kahwin menjadi idamannya kini. Bila dan siapa orangnya, biarlah Allah sahaja yg menentukannya.


Kini genaplah lima tahun pengajiannya di Institut Perguruan Kampus Gaya. Minggu hadapan, dia akan mula bercuti. Aisyah sudah mula sibuk mengemaskan barang-barang untuk pulang ke kampung halaman. Tiba-tiba Danisya datang mengirimkan sepucuk surat kepada Aisyah. Tanpa sebarang bicara, Danisya berlalu pergi. Perlahan-lahan, Aisyah membuka sampul surat berwarna biru itu. Hatinya berdebar-debar, kerana dia kenal benar dengan tulisan tangan disampul surat  itu. Tulisan insan yg pernah membuat hidupnya sengsara dahulu.



Assalamulaikum,

Kehadapan Aisyah binti Abdul Halim, gadis yg selalu kusayangi sejak dahulu, kini dan InsyaAllah, untuk selama-lamanya. Maafkan diriku kerana telah lama menghilang tanpa sebarang berita. Aku pergi bukan kerana ingin meninggalkanmu tapi aku pergi kerana aku mahu mencari CINTA dariNya.

Mungkin dahulu aku pernah membawamu kedunia penuh kelalaian. Atas desakan hawa nafsu, aku mengajakmu melanggar batas-batas syariat. Mujur, aku tersedar lalu kutinggalkan kamu sendirian merangkak dalam kepayahan. Aku turut berduka kerana kehilanganmu. Siang, malam, hari-hariku terasa perit tanpa adanya kamu. Mungkin kau tidak menyedari, aku sering memerhatikan kamu. Mesej-mesej pertanyaan khabar darimu sengaja kubiarkan tidak berbalas. Maafkan aku.

Kuhadiahkan kamu adikkku, Danisya sebagai penggantiku, teman sewaktu kamu senang dan susah. Segala perkembangan tentang kamu, selalu kutanyakan kepada adikku. Kadang-kadang ada juga kau mengeluh tentangku, saat itu, aku terasa berat untuk menjauh darimu. Namun, aku perlu berbuat begitu, kerana aku perlukan masa untuk mengambilmu sebagai isteri. Ilmu agama perlu kuperdalami, ilmu dunia perlu kutuntut agar aku mampu mencari rezeki buat kita berdua.

Kini sudah tiba masanya untuk ku sunting dirimu. Apa yg perlu kau tahu, saat kamu membaca surat ini, rombongan meminang telah pun kuhantar kerumahmu. Kuharap kau sudi untuk menerimaku sebagai suamimu.
Sekian, wasalam.

Yg Benar,
Tariq.

Aisyah terdiam seketika, hatinya berbunga. Dalam esakan tangisan dia tersenyum. Dia bahagia kini. Tidak disangka, insan yg dahulunya dianggap pengkhianat, penipu dan pembelot rupa-rupanya seorang kekasih yg sejati. Benarlah, begitu indahnya cinta andai ada CINTA kepada Allah Yang Maha Esa. Aisyah mula menyambung kembali tugasnya. Tidak sabar untuknya pulang menanti hari-hari bahagia apabila dia dan Tariq disatukan nanti. Indahnya hidup berlandaskan syariat, itulah kisah Tariq dan Aisyah, anda bagaimana?

Hasil Nukilan : Jazulfadli Jamaludin


***copy paste dr fb. :)

l0ts of laf~

Comments

Popular posts from this blog

Cara-cara nak sambung belajar di Luar Negara

assalamualaikum! tengok tajuk tuuu..tgk tuu. wah mcm serius sungguh. xpernah seserius ini tajok entry. heee sebenanye bukan ape pon. ade seseorg ni btau sy, suruh sy tulis kt sini pasal cara2 dan prosedur utk smbung studi kt oversea. utk master or phd la. kalau undergrad tu sy mmg xdek pengalaman sgt sbb sy amek degree kt utm. ye UTM skudai yg cukup sy banggakan ituu.. wah wah. ;) tapi untuk postgraduate boleh la sy nk share. bkn la sy tau sgt, and maybe mnde sy btau ni korg dh tau punn, tp saje la nak compile la gtu. ni pon berdasarkan pengalaman yg sy dh tempuhi dlu la. dh sedia semua?? ok jom saya bwk anda semua ok. fasten ur seat belt, gentlemen/women...start ur engine. Cara-cara nak sambung belajar di Luar Negara 1. Survey and apply for University Korg misti dh plan nak sambung study kt mane kan. UK ke US, Canada, Australia, New Zealand, etc...so boleh la google universiti yg ade kt tempat2 tu. itu kalau dah ade tempat yg korg nk pg. lagi satu, boleh la cari universiti depe...

Cara-cara nak mohon loan/biasiswa MARA

assalamualaikum! rentetan entry  Cara-cara nak sambung belajar di Luar Negara  yg saya pernah tulis berzaman dulu, ade yg tanye pasal biasiswa MARA ni. so utk tidak menghampakan semua org,waah poyo kau. hahaha haa...jadinye sy buat entry pasal nak apply loan MARA lah pulak ye. oh btw ni utk postgrads study . 1. rajen rajen lah check website MARA, sebab deorg akan announce anything pasal loan or biasiswa tu kt website deorg. pasal bila opening, bila boleh ambil borang, semua la..check kt sini kay : MARA.gov  *check kt terkini/pengumuman punya column.  *or tgk kt Bahagian Penganjuran Pelajaran  2. bila deorg dh annouce opening utk loan/biasiswa. boleh dapatkan borang tersebut kt Ibu Pejabat MARA, Jalan Raja Laut. alaaa yg dekat dgn SOGO, jln TAR, pertama kompleks tuuu. xkann xtauu kann. tp xpee, meh i bg alamat. Bahagian Penganjuran Pelajaran Tingkat 3, Ibu Pejabat MARA 21, Jalan Raja Laut 50609 Kuala Lumpur. Telefon: 03-26132015/     ...

Tips untuk survive semasa belajar di luar negara

assalamualaikum! cik seri dtg lagi! berkurun diam kens. hehehe aritu baru bc and reply komen2 kt entry yg cara-cara nk smbung blajar kt luar negara yg i tulis dlu tu. pastu ade sorg suggest suruh buat entry pasal nk survive kt negara org. thanks! actually takde ape sgt la sy rasa. negara memana pon sama je. ade maknusia, ade shopping complex, ade restoren. hehehe cuma rsnya ade la certain factor yg buat setiap negara tu unik contohnya culture, cuaca, ketinggian org, kaler kulit dan jugak of course takde family disisi sobs. hewhew so meh sy listkan kengkonon mcm tips nk survive kt tmpt org, especially yg baru nak mulakan hidup kt negara yg before ni mmg asing bg kita. 1. Cuaca Bila dh dpt offer letter and everything, dh ready to fly je, buat la research sket pasal  negara yg korg nk pergi tu. 4season ke. 2season ke. panas sepanjang tahun ke, banjir sepanjang tahun ke cmne kens. heh so boleh la prepare gadget ke baju and yg paleng penting mental. ye l...