Skip to main content

tak pandai masak xpe.

nice article to share with u guys. tazkirah pagi hari ni ye. credit to: www.iluvislam.com

Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar. Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita kata okay saja.

Jangan diperbesarkan nanti mereka terasa hati.

"Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!" Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang anak dara, juga rakan sejawat kami.

Maka jawaplah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya di suruh menumpukan perhatian pada pelajaran saja.

Setelah tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya.

''Habis sekarang kenapa tidak belajar?" Tanya sang lelaki lagi dengan penuh semangat.

''Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan kerjaya saya juga sibuk belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!" Begitu jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-geleng kepala.

Baginya tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak. Wanita sepatutnya buat begitu juga.

Syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi imam.

Walau ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna makin ramai wanita yang hidup bujang seumur hidup.

Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama dan ungkapan hendak memikat suami, perlu pikat seleranya sering diguna pakai.

Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan penyumbang utama kewangan dalam rumahtangganya.

Sekarang bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi daripada suami.

Namun kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari ilmu menjadi imam.

Ilmu bermain video game di komputer mereka rasa lebih perlu.

Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan sesudah belajar perlu handal.

Jika handal bukan setakat masak untuk keluarga sendiri, kalau boleh perlu boleh memasak untuk tiga pasukan bola. Begitulah standard yang telah ditetapkan.

Bolehkah kita meletakkan undang-undang itu kepada lelaki juga? Kalau tidak pandai jadi imam, belajarlah.

Mula-mula jadi imam kepada keluarga sendiri, sudah terror boleh mengimam satu taman perumahan juga.

"Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam?" Dengus teman wanita yang lain.

Betul juga ya? Berapa kerat lelaki yang menjadikan sembahyang jemaah di rumah bersama anak isteri sebagai agenda utama, selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya?

Maka bertanyalah wanita kini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini.

Ternyata ramai yang menjawab tidak confident menjadi imam sebab takut bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid atau pun dia merasakan isterinya lebih handal.

Ada yang kata lebih elok dia dan isteri sembahyang sendiri-sendiri.

Ada juga menjawab, rasa kelakar pula apabila dirinya yang rugged menjadi imam.

Isu ini sepatutnya kita beratkan sepertimana masyarakat memberatkan wanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami.

Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa 'queen control'.

Kalau tidak pandai, belajarlah sekarang. Jika wanita disuruh belajar, apa salahnya lelaki!


l0ts of laf~


Comments

Unknown said…
LuV u la rehan...saye sokong artikel ni 100%...mmuUaaahhh2...so skrng sy lege sy tk pndi msk...eh silap kurang pndi msk....

=P
rehan syazwani said…
ira: me likey too! ;)
cik mina: tu laa..bia deorg blajo jd imam dlu baru kte g blaja masak ye. hehe
Capik said…
kena sma2 bljar masak baru best...klau isteri sakit mcmner?he3
syaftome said…
hmmm~~~sy setuju n tidak setuju...

sy setuju...coz sblum menjadi suami...lelaki kena pandai jd imam...
bukan setakat semasa solat...
kena pndi mengimami isteri dlm semua benda...
baek dr segi agama dn hal dunia...

sy tidak setuju...
jika perempuan tidak pandai memasak kalau dah kawen...
bukan apa...
memasak untuk suami ada kebaikannya...
hasil makanan dr air tangan isteri semasa memasak...
bleh merapatkan lg hubungan suami isteri...
kalau asyik makan kat luar or makan masakan org gaji...
akhirnya nnti...bleh mengisi jurang hubungan rumahtangga...
believe it or not...suami suka masakan isterinya...

p.s: aktiviti memasak bleh dilakukan bersama oleh suami dan isteri...
Capik said…
Amat stju dengan statement mr syaftome..hehee..suami amat suka bila isteri mereka masak...sedap or tidak..laen citer..he3
rehan syazwani said…
syafiq: bkn kate xnak masak langsung. tu sj je nk compare perception org kalo pompuan tak pandai msk, xboleh..kalo laki plak smayang tunggang tebalek pon tadak hal la..heeh

once dh kawen misti la kne tau masak...kang laki jatuh hati ngan bibik pulak. sdeh tuuu...hihihi

capik: betuoh sungguh cik ami! ;)
syaftome said…
haha...kalau dah jatuh cinta ngan bibik...
bermadu lah nmpk gayanya...hehe...
anas said…
erkk..sayer mencari pompuan tidak pandai memasak saper tau maner ader kekosongan? sbb sayer nk tolong masakkan tok dier....itoo juger sebahagian tugas suami...hehehehehe...cepat2....criteria mudah sahajer...
rehan syazwani said…
waaah..bagosnye kamu..sungguh beruntung la gerangan si isteri ye. hehehe

Popular posts from this blog

Cara-cara nak sambung belajar di Luar Negara

assalamualaikum! tengok tajuk tuuu..tgk tuu. wah mcm serius sungguh. xpernah seserius ini tajok entry. heee sebenanye bukan ape pon. ade seseorg ni btau sy, suruh sy tulis kt sini pasal cara2 dan prosedur utk smbung studi kt oversea. utk master or phd la. kalau undergrad tu sy mmg xdek pengalaman sgt sbb sy amek degree kt utm. ye UTM skudai yg cukup sy banggakan ituu.. wah wah. ;) tapi untuk postgraduate boleh la sy nk share. bkn la sy tau sgt, and maybe mnde sy btau ni korg dh tau punn, tp saje la nak compile la gtu. ni pon berdasarkan pengalaman yg sy dh tempuhi dlu la. dh sedia semua?? ok jom saya bwk anda semua ok. fasten ur seat belt, gentlemen/women...start ur engine. Cara-cara nak sambung belajar di Luar Negara 1. Survey and apply for University Korg misti dh plan nak sambung study kt mane kan. UK ke US, Canada, Australia, New Zealand, etc...so boleh la google universiti yg ade kt tempat2 tu. itu kalau dah ade tempat yg korg nk pg. lagi satu, boleh la cari universiti depe

Cara-cara nak mohon loan/biasiswa MARA

assalamualaikum! rentetan entry  Cara-cara nak sambung belajar di Luar Negara  yg saya pernah tulis berzaman dulu, ade yg tanye pasal biasiswa MARA ni. so utk tidak menghampakan semua org,waah poyo kau. hahaha haa...jadinye sy buat entry pasal nak apply loan MARA lah pulak ye. oh btw ni utk postgrads study . 1. rajen rajen lah check website MARA, sebab deorg akan announce anything pasal loan or biasiswa tu kt website deorg. pasal bila opening, bila boleh ambil borang, semua la..check kt sini kay : MARA.gov  *check kt terkini/pengumuman punya column.  *or tgk kt Bahagian Penganjuran Pelajaran  2. bila deorg dh annouce opening utk loan/biasiswa. boleh dapatkan borang tersebut kt Ibu Pejabat MARA, Jalan Raja Laut. alaaa yg dekat dgn SOGO, jln TAR, pertama kompleks tuuu. xkann xtauu kann. tp xpee, meh i bg alamat. Bahagian Penganjuran Pelajaran Tingkat 3, Ibu Pejabat MARA 21, Jalan Raja Laut 50609 Kuala Lumpur. Telefon: 03-26132015/                  03-26132016         Faks:

berlari-lari nak jumpe si-Dia

tggu punye tggu pg td..xnmpak pun bayang si-Dia ni nk smpai...so sy cm decide je la g kelas..wah2 bagos betol kan. v(^,^) sarung jeans,baby tee pastu tudung n last skali sweater turquoise peberet..pastu jalan berlenggang lenggok menuju kelas kt geography n geology punye bangunan..kt sini tmpt lecture mmg sepah2..xekot fakulti pon...so mmg best choochi matee.. ;) smpai2 kelas dlm kol 11.05gtu..duduk la denga lecture SPRM ngan penuh khusyuk walopon ade budak kt blkg dh tdo2..ish2 apela tdo dlm kelas ni..xsenonoooh! (x.x) bru bukak buku nk tulis2 sket,tetbe poket vibrate pulak..time ni kol 11.26. eh, k.effah tepon. teros tutup blk buku, pastu kua kelas, den nk angkat phone xsmpat pulakk..adeh pastu seb baek die tepon blk. k.effah: rehan! Dia dh smpaii...die kate xleh tggu..baek cepat. sy: alamak...ckp kt Dia tggu 5minitt je!! letak tepon pastu teros berlari blk umah..ye BERLARI ok! demimu si-Dia ...seb baek kt sini org mcm xkesah kn..latak ko la nk berlari ke berenang ke asal xkaco or