Skip to main content

laki dan pompuan berbeza tau.

Perbezaannya Antara Lelaki Dan Perempuan

 

1. Wanita menarik nafas lebih kerap dari...pada lelaki, manakala lelaki menarik nafas lebih dalam daripada wanita.

 

2. Sistem badan lelaki dan wanita pun tidak sama. Lelaki lebih banyak memerlukan oksigen berbanding wanita supaya mereka dapat menukarnya menjadi tenaga.

 

3. Kulit lelaki lebih kasar, kulit perempuan lebih halus.

 

4. Perempuan lebih halus suara berbanding lelaki yang kasar dan besar suaranya.

 

5. Lelaki memiliki tulang anggota yang lebih panjang berbanding wanita. Tulang wanita bukan sekadar lebih kecil malah susunannya berbeza disebabkan wanita diciptakan Tuhan dengan struktur tubuh bagi melahirkan anak.

 

6. Demikian juga pada segi psikologi, wanita secara umum lebih bersikap mudah mengikut kata hati, lebih berminat kepada cinta dan kasih sayang dan hubungan perasaan.

 

7. Apabila mengamati benda, kedua-duanya juga berbeza. Lelaki lebih menggunakan pengamatan tumpuan. Manakala wanita menggunakan lebih pengamatan luas dan membesar. Pengamatan lelaki ibarat cahaya laser yang menumpu kepada sesuatu objek. Manakala, pengamatan wanita ibarat lampu suluh, yang membuka; menampakkan banyak benda.

 

8. Wanita mahu mengambil tahu semua perkara. Daripada perkara kecil sehingga perkara besar. Sementara lelaki hanya menumpukan kepada matlamat utama;

 

9. Cuba perhatikan kepada wanita, apa yang mereka bawa apabila berjalan keluar rumah. Tengok sahaja pada beg tangan mereka. Lebih besar daripada lelaki. Lelaki membawa beg kecil sahaja. Di dalamnya hanya ada lesen kenderaan, duit, surat-surat penting dan kad kredit bank. Dalam beg tangan wanita semuanya ada. Di dalam beg tangan perempuan ada dompet duit, kad kredit, buku bank, buku cek, ada alatan make-up, cermin, sikat rambut, tisu muka, pengetip kuku, kunci pen, pensel, ubat sakit kepala, gambar suami, gambar anak, cermin mata hitam, buku telefon, tuala ehem.. ehem...dan macam-macam lagi.

 

10. Kenapa sedemikian dilakukan oleh wanita? Jawabnya kerana wanita memikirkan pelbagai kemungkinan perkara yang boleh berlaku. Mereka lebih peka, apabila sesuatu terjadi, persediaan sudah pun dilakukan. Ini bermakna pemikiran dan penumpuan wanita lebih lebar.

 

11. Pada lelaki, cukup dengan lesen memandu dan duit. Sebab mereka mahu sampai ke matlamat. Duit untuk membeli. Lesen memandu supaya selamat daripada disoal polis.

 

Demikianlah perbezaan yang wujud antara lelaki dan wanita. Kerana itu, tidak hairan apabila suami isteri ini melihat banyak perkara secara berbeza. Urusan-urusan rumah tangga kadang-kadang ditangani secara berbeza. Contohnya, suami isteri yang kedua-duanya bekerja, mereka terpaksa keluar dari rumah awal 2 pagi.

 

Dalam banyak hal, wanita bekerja yang paling kerap bersungut. Suaminya, apabila keluar sahaja dari rumah, yang dibawa hanya kunci kereta, masuk dalam kereta dan hidupkan enjin, kemudian tunggu isteri. Matlamat mereka ke pejabat. Manakala si isteri, memikirkan apa yang anak bawa ke sekolah, baju di ampaian siapa hendak ambil, anak belum pakai baju lagi, anak belum makan lagi. Kalau bolehnya, dia mahu memikirkan semua benda, kerana padanya, apabila sesuatu terjadi, bagaimana kesudahannya? Biar lewat ke tempat kerja, asalkan semuanya beres.

 

Apabila si suami dan si isteri ke kompleks membeli belah. Si isteri, apabila masuk sahaja ke pusat membeli belah dia melihat banyak benda dahulu, satu persatu, perlahan-lahan, dari atas ke bawah, kain ini dipegang, diperhatikan digeselkan. Kemudian pegang pula kain lain, selepas berjam-jam barulah dibuat pilihan membeli.Pendek kata, si suami yang menjadi pengikut setia mudah bosan. Bagi lelaki apabila hendak membeli sesuatu, terus dituju ke tempat yang ingin dibeli dan membeli. Membeli belah pada lelaki tidak mengambil masa yang lama seperti perempuan.

 

Contoh-contoh tersebut menunjukkan wanita mengamati sesuatu berbeza daripada lelaki. Sebab itu, jangan bergaduh selepas membeli belah, jangan bergaduh ketika mahu ke tempat kerja. Si isteri jangan putus asa melihat si suami, apabila keluar sahaja dari rumah terus masuk kereta.Tanpa mengangkat botol susu anak, kain lampin anak, dan berbagai lagi untuk dibawa ke rumah pengasuh.Akuilah kita berbeza. Perbezaan bukan untuk bermusuh, sebaliknya bagi saling membantu dan berkasih sayang. Kerana kita berbeza, kita lebih berkasih sayang.

 

Jangan disebabkan perbezaan pada cara berkasih sayang antara lelaki dengan seorang wanita, maka timbul krisis rumah tangga berpuluh tahun. Tentulah kerana perbezaan yang ada antara kita itu, maka kita lebih berkasih sayang.

 

Kerana itu, kita berbeza supaya saling sayang menyayangi.




Comments

anas said…
kenaper pompuan suker letak article2 macam nie kat blog diorng?hahahahahahahaahaha...mmg berbeza....jika lelaki berbuat sebegini pasti di pukol oleh rakan2 nya...hahahahahahaha....mwahhhhsss
syaftome said…
x perasan plak lelaki dan perempuan sungguh jauh berbeza...

p.s; kenapa tiada yg menyentuh aspek fizikal lelaki dan wanita...hehe...
rehan syazwani said…
dear: sbb pompuan bestt~ wawawawaaa.
syafiq: yg fizikal tu dh terang2 ye. jgn silap beza. bahaye tu. kekekke

Popular posts from this blog

Cara-cara nak sambung belajar di Luar Negara

assalamualaikum! tengok tajuk tuuu..tgk tuu. wah mcm serius sungguh. xpernah seserius ini tajok entry. heee sebenanye bukan ape pon. ade seseorg ni btau sy, suruh sy tulis kt sini pasal cara2 dan prosedur utk smbung studi kt oversea. utk master or phd la. kalau undergrad tu sy mmg xdek pengalaman sgt sbb sy amek degree kt utm. ye UTM skudai yg cukup sy banggakan ituu.. wah wah. ;) tapi untuk postgraduate boleh la sy nk share. bkn la sy tau sgt, and maybe mnde sy btau ni korg dh tau punn, tp saje la nak compile la gtu. ni pon berdasarkan pengalaman yg sy dh tempuhi dlu la. dh sedia semua?? ok jom saya bwk anda semua ok. fasten ur seat belt, gentlemen/women...start ur engine. Cara-cara nak sambung belajar di Luar Negara 1. Survey and apply for University Korg misti dh plan nak sambung study kt mane kan. UK ke US, Canada, Australia, New Zealand, etc...so boleh la google universiti yg ade kt tempat2 tu. itu kalau dah ade tempat yg korg nk pg. lagi satu, boleh la cari universiti depe...

Cara-cara nak mohon loan/biasiswa MARA

assalamualaikum! rentetan entry  Cara-cara nak sambung belajar di Luar Negara  yg saya pernah tulis berzaman dulu, ade yg tanye pasal biasiswa MARA ni. so utk tidak menghampakan semua org,waah poyo kau. hahaha haa...jadinye sy buat entry pasal nak apply loan MARA lah pulak ye. oh btw ni utk postgrads study . 1. rajen rajen lah check website MARA, sebab deorg akan announce anything pasal loan or biasiswa tu kt website deorg. pasal bila opening, bila boleh ambil borang, semua la..check kt sini kay : MARA.gov  *check kt terkini/pengumuman punya column.  *or tgk kt Bahagian Penganjuran Pelajaran  2. bila deorg dh annouce opening utk loan/biasiswa. boleh dapatkan borang tersebut kt Ibu Pejabat MARA, Jalan Raja Laut. alaaa yg dekat dgn SOGO, jln TAR, pertama kompleks tuuu. xkann xtauu kann. tp xpee, meh i bg alamat. Bahagian Penganjuran Pelajaran Tingkat 3, Ibu Pejabat MARA 21, Jalan Raja Laut 50609 Kuala Lumpur. Telefon: 03-26132015/     ...

Kuala Lumpur Hop on Hop Off Bus

Assalamualaikummmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm! After about 5years (hamagerddd) abandoning this blog and now im backk haha. tapi dh tukar the blog url and theme semua so tht nampak clean sikit. ewahhh So hello semua. after a while berhibernasi..so here my first post after being a mom. pasni posting misti so bowring je wakakaa. smalam kteorg anak beranak bajet2 tourist la jejln kl naik public transport. sbenanye bapaknye je nk claim birthday cum anniversary cum father's day punye present (kesian bini cheapskate haha). dia memula nk g pertama complex je tp mak ni kepala otak bergerak je keje cari pasal nak berjalan so google la pasal bas hop on hop off ni. dah lame gler la usya bas ni asek tgk tourist naek cm best jee. tp dlu igtkn mahal gila pastu cm poyo nye lah. haha rupanyaaa tiket murah je untuk Malaysian. RM 19 for adult Children below 5years freee lahhh.kekdahnyee. igtkn smpai rm50 sorg haha. so rs cm okey la jugak since bus tu pergi byk tempat. Overall ade 23 stops. ...